Monday, February 4, 2008

Komunikasi di atas pentas ucapan Motivasi Diri, Tips Komunikasi






Secara asasnya, pengucapan awam adalah satu interaksi dua hala penghantaran maklumat atau informasi antara orang yang berucap dan kumpulan pendengar. Ia merupakan satu proses komunikasi dalam pemindahan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain. Memberi ucapan juga bukan semudah yang disangka dan anda akan bertarung dengan seribu satu cabaran serta dugaan sebelum, semasa hatta selepas menghadapinya. Realiti ini sering berlaku kepada ramai status golongan manusia seperti Guru, Eksekutif, Pemimpin, Siswa, Pelajar dan ramai lagi. Baik, Sebelum kita meneroka lebih mendalam tentang komukasi semasa memberi ucapan, apa kata kita kenali terlebih dahulu 4 jenis ucapan yang saya nyatakan ini.
Jenis-jenis Ucapan

1. Ucapan Spontan. Situasi ini berlaku apabila orang yang berucap diminta menyampaikan ucapan secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Ucapan ini disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam keadaan “terpaksa”.
2. Ucapan Ekstemporanas. Ucapan yang disampaikan juga secara spontan namun perucap telah bersedia dari segi mental, emosi dan idea yang sudah dirangka. Ucapan ini lebih merujuk kepada rangka isi kandungan dan menggunakan kata kunci.
3. Ucapan Manuskip. Menerusi kaedah ini orang yang berucap hanya membacakan teks ucapan yang telah disediakan dan sesekali mengekalkan hubungan mata dengan audien.
4. Ucapan Hafalan. Ucapan ini seratus-peratus menggunakan kuasa ingatan dalam menyampaikan ucapan dan memerlukkan persedian yang sangat rapi.

No comments: